INDAHNYA SENYUMAN

Assalamualaikum dan salam senyum selalu.

Sebenarnya senyum itu perkara yang sangat mudah untuk dilakukan malah diberi ganjaran sedekah pula (tapi bukan nak cerita tentang sedekah dalam senyuman… nak cakap tentang The Power of Smile) cuma adakala kita lupa bahawa perkara yang dianggap remeh oleh ‘kedaifan diri sendiri’ (tanpa disedari) rupanya memberi impak yang sangat besar buat insan sekeliling kita sama ada kita sedar ataupun tidak.

Adakalanya terlalu sukar untuk seseorang itu memberi sedekah sebuah senyuman kepada saudaranya sendiri. Malah ada juga yang memilih untuk melemparkan senyuman hanya kepada insan2 tertentu sahaja. Persoalannya, adakah senyuman itu terlalu mahal hingga hanya orang2 tertentu sahaja yang berhak mendapatkannya???

Sedar ataupun tidak setiap perlakuan kita akan dinilai oleh mata2 yang memandang dan mampu melihat (malah insan yang tidak mampu melihat juga pasti akan merasa dan sekaligus menilai). Andainya senyuman itu terlalu ‘mahal’ harganya, bagaimana mungkin insan2 sekeliling akan berasa mudah untuk mendekati. Walhal masyarakat sebenarnya sangat suka ‘Judge a Book By Its Cover’ walau berjuta kali diingatkan jangan sesekali menilai sesuatu dari luaran. Namun itulah hakikatnya, kerana itu kita perlu menghadiahkan senyuman agar insan2 disekeliling mampu merasakan kehadiran mereka diterima.

Apa kepentingan mewujudkan perasaan ‘diterima’ dalam kalangan manusia2 lain??? Sedangkan ‘kau bukan kenal aku, aku pun tak kenal ko… jadi tak payah terima aku pun aku peduli apa…” (Betul jugak ayat kat atas ni ye???.. dah tak kenal buat apa nak senyum kang dia kata kita ni apa plak kan…)..

Sebenarnya salah tu, salah satu kepentingannya ialah agar mewujudkan ikatan persaudaraan lebih2 lagi ikatan satu akidah. Bukankah islam itu bersaudara???.

Jadi senyumlah seikhlas hati kerana hakikatnya kita semua adalah insan2 kerdil yang dipinjamkan nyawa sebentar untuk bernafas dibumi-Nya… Malah seandainya dek kerana kelebihan yang dimiliki kita bersikap memandang insan lain dengan sinis, ketahuilah kelebihan itu adalah anugerah Allah yang diberi pinjam kepada kita untuk seketika….

Akhir kata, Senyuman itu sedekah… setiap sedekah itu ibadah,setiap ibadah diberi pahala,namun tidak semua senyuman itu dianggap sedekah… … .

1.Membalas senyuman ibu adalah WAJIB.
2.Senyum pada bapa,keluarga dan sahabat adalah SUNAT
3.Senyuman pada org yg tak dikenali HARUS
4.Senyuman sewaktu sedang solat MAKRUH
5.Senyuman dgn tujuan menyindir,mengoda dan dlm pekara pekara maksiat adalah HARAM..

sumber : http://seteguhhati.blogspot.com/2010/02/kuasa-indahnya-senyuman.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s